Asalammualaikum!!Welcome to my official blogger=)

Sunday, October 28, 2012

C.H.A.N.G.E

Asalammualaikum semua :D harap sihat sejahtera.. lamanya aku tak berbloging ni, bersawang blog aku, tahu blog aku tak cantik, mengaku dengan ikhlas.. ok la hari ni last cuti untuk hari raya aidiladha, aku rasa raya tahun ni macm tak bermakna dalam hidup aku tahu kenapa sebab orang yang aku sayang tak ada dekat sisi aku.. hidup aku sunyi, nasib la ada kawan2 yang sudi teman aku dekat sini thanks untuk anda.cuti pun aku rasa sekejap je. Kenapalah aku rasa masa tu cepat sangat, orang cakap kalau kita rasa masa tu cepat maknanya hidup kita dah singkat hee.. kadang-kadang tak boleh percaya juga benda-benda mengarut macam tu kan?? hari ni nak kena balik kolej dah aaarrhhh malasnye nak balik.. ok la merepek panjang-panjang pula.

Sunyinye life aku, betul kan orang cakap kalau kita nak bahagia kita kena corakkannya sendiri, sekarang bila aku cakap hidup aku suram tanpa dia kenapa orang asyik salahkan aku??? tunding jari balik dekat aku??? mungkinkah aku ni ego??? pengalaman memberi aku pengajaran yang amat bermakna dalam diri aku, kalau masa itu boleh diputarkan, "i want to be a better person" untuk awak.. saya gagal untuk semuanya. kalau diberikan peluang saya akan ubah semuanya sebab awak adalah cinta hati saya yang pertama. Aku selalu berkata dunia ini amat kejam buat aku tapi hakikatnya dunia tak pernah kejam dengan aku.. tengok kenapalah aku ni ego sangat???? masa terus berlalu untuk aku tempuh hidup baru tanpa dia disisi aku. Berat setelah semuanya hilang selama enam tahun saya bersama awak. Jujur dalam hati saya masih sayangkan awak tapi semuanya tak mungkin berlaku.

Kaki aku cuba melangkah untuk terus hidup tanpa awak, saya mula perbaiki hidup saya selepas kehilangan awak, saya cuba cari sesuatu dalam diri saya tapi saya tak pernah jumpa semua yang saya inginkan, setengah mati saya teruskan hidup tanpa awak, bila saya melangkah ke satu tempat, kepala saya asyik teringat kenangan kita sampai saya rasa saya tak berdaya bangun untuk tempuh hari-hari mendatang.. mungkin ini pengajaran untuk aku lebih matang selepas ini. Tolong lah jangan menghukum kesalahan saya. Saya redha untuk semuanya :)


                                  


thanks for reading

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment